Jumaat, 14 September 2012

Tabah Lah wahai Hati


Video yang aku (Jumpa) Tiba2 .. n rasa macam Something happen to My Heart
So .. Aku Post la benda ni .. Untuk tatapan ! 
  

Suram sesuram gerimis di hati ..
Mengapa kau menangis Wahai hati ?
Merasakan Dunia x lagi Bererti ..
Adakah kau merahui kasihnya Ilahi ?
Mengapa Tidak yakin adanya Allah Bersamamu?
Kau mencari-cari,meraba-raba dalam gelap hatimu ..
Bingung,nanar dalam ramai …
Tak mengerti mengapa ini yang harus kau hadapi ..
Kau menanti Bilakah akan kau peroleh  apa yang kau harapkan..
Merasakan tuhan x lagi endah padamu,tak lagi sudi memandangmu..
Jangan Begitu Wahai Diri ..Dengarkan apa kata Tuhan mu ..
“ hai Anak Adam sesungguhnya Engkau,selama mana kau berdoa ,Dan berharap kepadaKu,Aku ampuni bagi Engkau di atas dosa yang,Ada pada engkau,dan Aku tidak Peduli. Hai anak Adam! Kalau telah sampai sekalian dosa engkau ke  awan langit,Kemudian itu,engkau memohon keampunanKu,nescaya Aku ampuni Bagi engkau.Hai anak Adam! Sesungguhnya kalau engkau datang kepadaKu dengan kesalahan-kesalahan sepenuh Bumi (ini),kemudian itu engkau menemui Aku,padahal Tiada Engkau mempersekutukan Aku dengan sesuatu,nescaya Aku berikan kepada Engkau Keampunan dengan sepenuh bumi. “ (HR Al-Tirmizi)
Wahai Diri,Engkau Jiwa yang baik,jiwa yang Rindu ..
Cuma engkau keliru,Mengapa masih terus menzalimi Dirimu ?
Sedangkan dirimu x berhak disakiti..
Jasad dan Rohmu,Anugerah Terindah dari Ilahi ..
Maka Mengapa Tegar melukai ?
Engkau Jiwa besar yang dikasihi Tuhan
Engkau Jiwa hebat berpotensi Menyengat ..
Engkau Jiwa kebal yang lali pada Ujian..
Engkau sebenarnya Bercita-cita Tinggi ..
Lalu mengapa memilih untuk terus disakiti ?
Jangan Begitu wahai Diri,Sungguh engkau Sentiasa punya satu lagi pilihan.
Iaitu kembali kepada Luasnya kehidupan Bertuhan ..
Kembali Berteduh di bawah redup kasih Ilahi ..
Kembali kepada Dia ..
Usah takut, wahai Diri .. Bukankah Mereka Bersamamu ?
Menyokong mu,memimpinmu,tika kau bertatih di jalan ini ..
Yang pasti,engkau tidak sendiri .. kerana masih ada yang Menyayangimu ..
Dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka ( orang yang Beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua ( kekayaan) yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka.Tapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sungguh Dia maha perkasa,maha Bijaksana.” ( Al-Anfal:63)
Oleh itu,yakinlah dan teguhkan derapan langkahmu di jalan ini ..
Yakin Allah bersamamu di setiap Langkahmu ..
“ Dan janganlah kamu (merasa) lemah,dan jangan (pula) Bersedih hati,kerana kamu paling tinggi (Darjatnya) jika kamu orang yang beriman ..” (Ali-Imran:139)
** Buat diri Sendiri ** Hati yang terlalu nanar .. ( Mood Sedih L )

0 comments:

Catat Ulasan

K-ON

k-on photo: MrKapre-1 MrKapre-1_zps17081628.gif